Kelas Asas Komputer & E-Learning
24 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Komputer dan E-Learning ini telah diadakan pada hari Jumaat, 23 Februari 2018. Dalam kelas ini, para peserta diperkenalkan kepada penggunaan komputer dalam kehidupan. Selain itu, mereka turut diajar tentang komponen-komponen asas komputer berserta fungsinya. Di samping itu, soalan kuiz berkaitan topik-topik yang diajar turut diadakan secara atas talian melalui laman web www.kahoot.com bagi menguji pemahaman para peserta serta menarik minat para peserta terhadap penggunaan ICT.
Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 2 jam bermula dari 2.30 petang ini dihadiri oleh seramai 14 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: